Bismillahirrahmanirrahim
Al-Quran secara umumnya ialah akhir kitab daripada kitab-kitab yang diturunkan Allah S.W.T , diturunkan kepada akhir nabi daripada nabi-nabi yang diutuskanNya.
Dari segi bahasa
Perkataan Al-Quran ialah masdar قرأ يقرأ yang sama maksudnya dengan Qiraah(bacaan). Ini dapat diperhatikan daripada surah Qiamah ayat (17-18)
(Diatas qaul اللحياني dan jemaah yang dipilih Syeikh Muhammad Abdul Azim Azzarqani,
pengarang مناهل العرفان في علوم القرآن kerana ia lebih dekat dengan kaedah bahasa )
Dari mana datangnya nama Al-Quran itu?
Al-Quran secara umumnya ialah akhir kitab daripada kitab-kitab yang diturunkan Allah S.W.T , diturunkan kepada akhir nabi daripada nabi-nabi yang diutuskanNya.
Dari segi bahasa
Perkataan Al-Quran ialah masdar قرأ يقرأ yang sama maksudnya dengan Qiraah(bacaan). Ini dapat diperhatikan daripada surah Qiamah ayat (17-18)
إِنَّ عَلَيۡنَا جَمۡعَهُ ۥ وَقُرۡءَانَهُ ۥ (١٧) فَإِذَا قَرَأۡنَـٰهُ فَٱتَّبِعۡ قُرۡءَانَهُ ۥ (١٨)
17. Sesungguhnya Kamilah Yang berkuasa mengumpulkan Al-Quran itu (dalam dadamu), dan menetapkan bacaannya (pada lidahmu);
18. oleh itu, apabila Kami telah menyempurnakan bacaannya (kepadamu, Dengan perantaraan Jibril), maka bacalah menurut bacaannya itu;
Daripada ayat ini 'Quran' yang dimaksudkan ialah 'Qiraah' iaitu bacaan ,sesuai dengan apa yang kita sebut sebelum ini.
Dan dijadikan isim masdar 'Quran' itu sebagai nama untuk kitab yang dibaca yang bermukjizat yang diturunkan kepada Nabi Muhammad Sollahualaihiwassalam, bertepatan dengan bab إطلاق المصدر على مفعوله (Meletakkan isim masdar sebagai ganti mafuul) didalam pengajian majaz ilmu balaghah dan usul fiqh (insyaAllah akan dikupas lebih dalam nanti).

Dari segi sorofnya pula,
Kalimah Quran itu hadir atas wazan فعلان seperti mana kalimah الغفران dan الشكران yang had madhinya ialah غفر dan شكر.(Diatas qaul اللحياني dan jemaah yang dipilih Syeikh Muhammad Abdul Azim Azzarqani,
pengarang مناهل العرفان في علوم القرآن kerana ia lebih dekat dengan kaedah bahasa )
Dari mana datangnya nama Al-Quran itu?
Kalimah Quran terdapat didalam surah Al-A'raf ayat 204
وَإِذَا قُرِئَ ٱلۡقُرۡءَانُ فَٱسۡتَمِعُواْ لَهُ ۥ وَأَنصِتُواْ لَعَلَّكُمۡ تُرۡحَمُونَ (٢٠٤)
surah Waqiah ayat 77
إِنَّهُ ۥ لَقُرۡءَانٌ۬ كَرِيمٌ۬ (٧٧)
surah Qaf ayat 1
(قٓۚ وَٱلۡقُرۡءَانِ ٱلۡمَجِيدِ (١
dll.
Dari segi istilah
Banyak takrif istilahi diberikan kepada Al-Quran,antara yang masyhur ialah takrif yang dipersetujui mutakallimun,ulama' usul fiqh dan ulama bahasa arab :
اللفظ المنزّل على النبي صلى الله عليه وسلم من أول الفاتحة إلى آخر سورة الناسLafaz yang diturunkan kepada Nabi Muhammad Sollahualaihiwassalam daripada awalnya fatihah hingga akhirnya surah an-nas
Ada juga yang memanjangkan takrif dan menambah khosois-khosois Al-Quran didalam takrif ,dengan hujah masing-masing. seperti takrif :
الكلام المعجز المنزّل على النبي صلى الله عليه وسلم ، المكتوب في المصاحف ، المنقول بالتواتر ،المتعبّد بتلاوته
Secara umumnya dan yang paling masyhur ialah takrifan Al-Quran sebagai
كلام الله ، المنزّل على محمد صلى الله عليه وسلم ، المتعبّد بتلاوتهKalam Allah,diturunkan kepada Nabi Muhammad Sollahualaiwassalam dan diberi ganjaran atas pembacaannya
Penerangan takrif
Kata (Kalam Allah) - bermaksud ia bukannya kalam manusia
Kata (Diturunkan kepada Nabi Muhammad) - keluar daripadanya apa yang diturunkan kepada nabi terdahulu seperti injil dan taurat
Kata (diberi ganjaran atas pembacaannya) - bermaksud arahan untuk pembacaannya seperti bacaan dalam solat diberi ganjaran,sedangkan bacaan hadith qudsi walaupun ianya adalah hadith yang maknanya dari Allah,ia tidak diberi ganjaran untuk pembacaanya dan tidak sah dibaca didalam solat.
WA
Rujukan
Manahil Irfan fi Ulum Quran - Syeikh Muhammad Abdul Azim Azzarqani,cetakan kedua 1996 , Dar Kitab Arabi, Beirut.
Mabahis fi ulum Quran - Manna' Qotton , cetakan keempat belas 2007 , Maktabah Wahbah