Bismillahirrahmanirrahim
Tamazhub adalah masdar asli bagi perbuataan 'tamazhaba yatamazhabu ' yang bermakna 'bermazhab' Masalah tamazhub ini dibincangkan didalam bab taqlid pengajian ilmu Usul Fiqh, dan kerana masalah ini kerap berlaku dan menimbulkan kekeliruan dikalangan orang awam, suka saya mengkaji dan ingin mengetengahkan perbahasan ini kepada orang ramai. Moga moga ianya bermanfaat buat kita semua
Sebagai muslim pada zaman ini, bermazhab telah menjadi suatu kewajiban untuk setiap daripada kita dan pemilihan mazhab tidak boleh lari daripada 4 mazhab yang masyhur dan muktabar iaitu
1. Mazhab Hanafi
2. Mazhab Maliki
3. Mazhab Syafiei
4. Mazhab Hanbali
Bermakna, jika seseorang itu bermazhab Syafiei maka ia bermaksud dia berpegang dengan ijtihad-ijtihad Imam Syafiei dan para ulama mazhab Syafiei yang lain.
Dan bila disebut Ulama-Ulama Syafieiyah pula ia bermaksud bahawa ulama-ulama yang satu manhaj dengan Imam Syafiei dalam mengistinbat hukum, akan tetapi end-product atau hukum yang terhasil tidak wajib dan tidak semestinya sama dengan apa yang dipegang Imam Syafiei. Bermakna mereka mengikuti Imam Syafiei didalam usul dan manhajnya tetapi mungkin bercanggah dengan beliau pada end-productnya(hukum).
Apa itu usul atau asas Mazhab Syafiei yang dibawa oleh Mazhab Syafiei itu?
Imam Syafiei, didalam membuat hukum telah menetapkan sumber-sumber yang akan diambil beliau
Pertamanya, beliau akan mengambil dari Quran :-
1. Quran
2. Sunnah
3. Ijma'
4. Qaul sohabah
5. Qias
dan lain lain 1
Secara ringkasnya Ulama Syafieiyah ialah mereka yang mengikuti asas dan manhaj
yang ditetapkan Imam Syafie ini dalam berijtihad dan membina hukum. Perbezaan antara Usul Mazhab pula akan dibincangkan di post lain -In Sha Allah
Adakah ini menghalang Ulama dalam mazhab untuk berijtihad yang lain dengan ijtihad Imam ?
Contohnya , Imam Syafiei mengatakan bahawa hukum bagi masalah A ialah begini begini , tetapi ramai Ulama Syafeiyah pula mengatakan bahawa hukum bagi masalah A ialah begitu dan begitu
Adakah ini patut?
Isu sebegini berlaku dan tidak menjadi masalah kerana pintu ijtihad itu sentiasa terbuka kepada ahlinya tanpa perlu terikat kepada pandangan seseorang, Dan inilah yang dimaksudkan dengan kata-kata "mungkin bercanggah pada end-productnya".
Perlukah bermazhab tertentu?
Imam Syaukani didalam kitabnya Irsyad al-Fuhul ketika membahaskan perkara ini telah mengatakan, para Ulama Mujtahidin mempunyai dua pandangan dalam hal ini, iaitu :
1, Perlu dan ini dirajihkan oleh Ilkia as-Syafiei
2. Tidak perlu dan ini dirajihkan oleh Ibn Burhan dan Imam Nawawi as-Syafiei
Berdasarkan yang masyhur, asal pada masalah berpegang pada salah satu mazhab tertentu ialah tidak perlu. Tetapi kata Ibn Taimiyah didalam kitabnya, "Majmu' Fatawa" , hukumnya boleh berubah menjadi wajib apabila :
1. Jika seseorang tidak mampu untuk mempelajari agama kecuali dengan mempelajari mazhab tertentu
2. Jika berpegang dengan satu mazhab dapat menjauhkan kerosakan yang besar yang tidak dapat dijauhi kecuali dengan berpegang dengan satu-satunya mazhab
Kenapa pula wajib bermazhab tertentu di Malaysia?
Soalan ini sering diutarakan dan kadangkala berbunyi kenapa perlu bermazhab tertentu sedangkan tiada kewajiban ini pada zaman sahabat dan salafussoleh?
Seperti disebut di soalan sebelum ini, kewajiban menentukan mazhab sebenarnya tidak boleh, tetapi selagi mana ia untuk menjaga maslahah yang besar, manfaat ramai dan tidak menimbulkan masalah taksub ia dikira tidak mengapa-In Sha Allah. 2
Kesimpulan kata, semua yang ditetapkan kadang-kala ialah yang terbaik buat kita walaupun ianya berbeza dengan pandangan kita. Dan mungkin yang diteapkan itulah yang terbaik untuk menjaga maslahat rakyat, sekaligus wehdatul bilad ataupun yang disebut sebagai kesatuan negara, memandangkan dengan penyeragaman mazhab ia membantu rakyat terutamanya orang awam untuk beribadah dengan tenang tanpa memeningkan kepala dengan khilaf fiqh.
Wallahutaala A'lam
Adakah ini menghalang untuk kita berpegang dengan mazhab lain?
Masalah ini juga mempunyai banyak pandangan . Imam Syaukani merekod sebanyak empat pandangan3 :
1. Tidak Boleh
2. Boleh
3. Jika telah beramal dengan satu mazhab pada satu masalah tertentu, tidak boleh , tetapi jika belum maka ianya boleh.
4. Boleh dengan syarat.4
Pendapat yang disebut oleh Imam Solehuddin al 'Alai sebagai masyhur dan ramai Ulama' memilih dan menarjihnya ialah pendapat yang ke 4.5
Kesimpulan kata ,boleh jadi yang rajih ialah pandangan keempat dan kita perlulah berwaspada dengan syarat yang ditetapkan agar tiadanya berlaku tatabu' rukhos (memilih yang paling mudah) dan tala'ub (mempermainkan) didalam hukum agama.
Jika berlakunya pertembungan pandangan dan ramai yang menarjihkan satu pandangan
Maka wajib bagi kita beramal dengan yang rajih, walaupun bertentangan dengan ijtihad Imam kita. Kecuali jika ada maslahah lain yang besar yang menghalang berpegang dengan yang rajih.
Jika tidak zahir bagi kita yang rajih?
Maka pilihlah satu pandangan secara bijak tanpa mengikut hawa nafsu kita
Jika kita menemui hadith sohih yang berlawanan dengan ijtihad Imam ?
Masalah ini masyhur dan ramai yang terperangkap dengannya, mereka berdalilkan dengan kata-kata Imam Syafiei
Apabila kita(orang awam) berada didalam situasi ini, tidak boleh bagi kita untuk beramal terus dengan zahir hadith dan mafhumnya dan meninggalkan mazhab Imam kita. Ini kerana kata-kata ini ditujukan kepada mujtahid.6
Perbuatan ini didalam istilah fiqh dipanggil sebagai talfiq (تلفيق ).
Seperti masalah menyentuh wanita. Bersentuhan dengan perempuan walaupun tanpa disertai rasa lazat membatalkan wuduk disisi Mazhab Syafiei , tapi tidak disisi Mazhab Malik. Dan jika kita mengambil wuduk cara Mazhab Syafiei (sapu sebahagian kepala sahaja dan tanpa ad-dalk iaitu menggosok air keatas anggota wudu') maka wudhu' kita akan terbatal jika bersentuhan perempuan. tetapi talfiq pula ialah apabila kita berwudhu' dengan cara Mazhab Syafiei , dan kita bersentuhan dengan perempuan tetapi kita tetap bersolat kerana mengikuti pendapat tidak batal oleh Malikiyah dalam masalah bersentuh wanita tanpa rasa lazat. Maka perbuatan itu dinamakan talfiq.
Apa hukumnya?
Hukum talfiq ini boleh dibahagikan kepada dua7
1. Dibenarkan
2. Tidak dibenarkan
Dirajihkan bahawa talfiq dibenarkan bagi muqallid dengan selagi mana memenuhi syarat (rujuk nota kaki bernombor 4).
Adapun talfiq yang tidak dibenarkan ialah talfiq yang mempunyai niat memilih pendapat-pendapat yang senang sahaja ataupun dipanggil sebagai tatabu' rukhos , dan seperti disebut sebelum ini ,telah dinakalkan ijma' dalam melarang tatabu' rukhos ini dan menyanggahi ijma' ialah tidak patut.
Segala sambungan In Sya Allah akan disambung dipost lain
Wallahutala A'lam
2 Penetapan mazhab tertentu di sesebuah negara-sebagai contoh , Malaysia- oleh pihak berkuasa agama membawa ihtimal atau kebarangkalian yang banyak. Barangkali pihak berkuasa agama Malaysia ingin menolak risiko pergaduhan antara satu sama lain jika semua mazhab dibawa ke Malaysia sedangkan kita tidak mampu menerapkan lagi adab-adab dalam menangani perbezaan pendapat kepada semua orang islam . Barangkali juga kita tidak mampu mempelajari agama kecuali dengan berpegang dengan mazhab tertentu, hal ini mempunyai kemungkinan ianya benar kerana sesetengah daripada kita walaupun hanya belajar satu mazhab,tetapi masih tidak mampu menguasai walau satu bab dengan baik,bab solat misalnya, berapa ramai daripada pelajar Mazhab Syafiei yang menguasai pandangan-pandangan Ulama Syafieiah dalam bab solat? Moga Allah ampunkan kita
3 rujuk Irsyad al Fuhul oleh Syaukani
4 ِBagi pandangan keempat, syarat yang ditetapkan berbeza mengikut Imam, antara pendapat tentang syarat yang masyhur ialah Izzudin Bin AbdusSalam , Ibn Daqiq al 'Aid dan ar-Ruyani . Syaukani ketika membahaskan hal ini tidak menulis syarat yang ditetapkanar-Ruyani ini ,akan tetapi menulis syarat lain. Tetapi penulis suka menaqolkan syarat yang ditetapkan ar-Ruyani yang juga dinaqol Qarafi.
Abdul Wahid bin Ismail ar-Ruyani yang digelar Syafiei pada zamannya telah menetapkan syarat yang lebih spesifik didalam masalah ini ,iaitu
1. Tidak mengumpulkan pandangan yang bertentangan ijma' , seperti berkahwin tanpa wali , tanpa mahar dan tanpa saksi .
2. Tidak menganggap orang yang diikutinya itu lebih afdhol dari yang lain
3. Tidak melakukan tatabu' rukhos. Ibn Hazm telah menaqalkan ijma' tidak bolehnya tatabu' rukhos. (rujuk Irsyadul Muqallidin inda Ikthilaf Mujatahidin oleh Allamah Bab bin Syeikh Sidi asSyanqiti m/s 109-110 , 260)
5 rujuk Irsyad Muqaliddin
6 Hal ini dipersetujui ibn Solah dan Imam Nawawi ,salah seorang Imam Mazhab Syafiei yang masyhur. Dan jika masalah ini berlaku , Imam Nawawi menetapkan syarat , iaitu mestilah mujtahid itu menyangka bahawa Imam Syafiei terlepas pandang Hadith itu ataupun tidak mengetahui kesohihan hadith itu. Juga , Mujtahid itu mestilah telah menelaah kitab-kitab Syafiei dan para Ulama Syafieiyah . Ini kerana Imam Syafiei mengetahui sebilangan banyak Hadith tetapi tidak beramal dengan zahirnya samada kerana penafsirannya lain , ataupun ada pemansuhnya ataupun ada pengkhusus. (rujuk Ma'na Qaul Imam Mutollabi 'fa iza sohha hadith fahua mazhabi oleh Syeikh Islam Taqiuddin asSubki m/s 93)
7rujuk Dusuki dalam hasyiahnya keatas Syarah Kabir)
Tamazhub adalah masdar asli bagi perbuataan 'tamazhaba yatamazhabu ' yang bermakna 'bermazhab' Masalah tamazhub ini dibincangkan didalam bab taqlid pengajian ilmu Usul Fiqh, dan kerana masalah ini kerap berlaku dan menimbulkan kekeliruan dikalangan orang awam, suka saya mengkaji dan ingin mengetengahkan perbahasan ini kepada orang ramai. Moga moga ianya bermanfaat buat kita semua
Sebagai muslim pada zaman ini, bermazhab telah menjadi suatu kewajiban untuk setiap daripada kita dan pemilihan mazhab tidak boleh lari daripada 4 mazhab yang masyhur dan muktabar iaitu
1. Mazhab Hanafi
2. Mazhab Maliki
3. Mazhab Syafiei
4. Mazhab Hanbali
Mazhab ialah masdar mimi daripada perkataan ذهب yang bermaksud 'telah pergi' . Dan bila disebut mazhab didalam fiqh yang dimaksudkan ialah "apa yang dipegangnya" .
Dan bila disebut Ulama-Ulama Syafieiyah pula ia bermaksud bahawa ulama-ulama yang satu manhaj dengan Imam Syafiei dalam mengistinbat hukum, akan tetapi end-product atau hukum yang terhasil tidak wajib dan tidak semestinya sama dengan apa yang dipegang Imam Syafiei. Bermakna mereka mengikuti Imam Syafiei didalam usul dan manhajnya tetapi mungkin bercanggah dengan beliau pada end-productnya(hukum).
Apa itu usul atau asas Mazhab Syafiei yang dibawa oleh Mazhab Syafiei itu?
Imam Syafiei, didalam membuat hukum telah menetapkan sumber-sumber yang akan diambil beliau
Pertamanya, beliau akan mengambil dari Quran :-
1. Quran
2. Sunnah
3. Ijma'
4. Qaul sohabah
5. Qias
dan lain lain 1
Secara ringkasnya Ulama Syafieiyah ialah mereka yang mengikuti asas dan manhaj
yang ditetapkan Imam Syafie ini dalam berijtihad dan membina hukum. Perbezaan antara Usul Mazhab pula akan dibincangkan di post lain -In Sha Allah
Adakah ini menghalang Ulama dalam mazhab untuk berijtihad yang lain dengan ijtihad Imam ?
Contohnya , Imam Syafiei mengatakan bahawa hukum bagi masalah A ialah begini begini , tetapi ramai Ulama Syafeiyah pula mengatakan bahawa hukum bagi masalah A ialah begitu dan begitu
Adakah ini patut?
Isu sebegini berlaku dan tidak menjadi masalah kerana pintu ijtihad itu sentiasa terbuka kepada ahlinya tanpa perlu terikat kepada pandangan seseorang, Dan inilah yang dimaksudkan dengan kata-kata "mungkin bercanggah pada end-productnya".
Perlukah bermazhab tertentu?
Imam Syaukani didalam kitabnya Irsyad al-Fuhul ketika membahaskan perkara ini telah mengatakan, para Ulama Mujtahidin mempunyai dua pandangan dalam hal ini, iaitu :
1, Perlu dan ini dirajihkan oleh Ilkia as-Syafiei
2. Tidak perlu dan ini dirajihkan oleh Ibn Burhan dan Imam Nawawi as-Syafiei
Berdasarkan yang masyhur, asal pada masalah berpegang pada salah satu mazhab tertentu ialah tidak perlu. Tetapi kata Ibn Taimiyah didalam kitabnya, "Majmu' Fatawa" , hukumnya boleh berubah menjadi wajib apabila :
1. Jika seseorang tidak mampu untuk mempelajari agama kecuali dengan mempelajari mazhab tertentu
2. Jika berpegang dengan satu mazhab dapat menjauhkan kerosakan yang besar yang tidak dapat dijauhi kecuali dengan berpegang dengan satu-satunya mazhab
قَالَ الامام أَحْمد رَضِي الله عَنهُ لَا تقلدوني وَلَا تقلدوا مَالِكًا وَالثَّوْري والاوزاعي وَلَكِن تعلمُوا كَمَا تعلمنا
Imam Ahmad berkata : Janganlah kamu bertaklid kepada aku, ataupun Malik ataupun Tsauri ataupun Auzaiei, tetapi belajarlah sebagaimana kami belajar
Kenapa pula wajib bermazhab tertentu di Malaysia?
Soalan ini sering diutarakan dan kadangkala berbunyi kenapa perlu bermazhab tertentu sedangkan tiada kewajiban ini pada zaman sahabat dan salafussoleh?
Seperti disebut di soalan sebelum ini, kewajiban menentukan mazhab sebenarnya tidak boleh, tetapi selagi mana ia untuk menjaga maslahah yang besar, manfaat ramai dan tidak menimbulkan masalah taksub ia dikira tidak mengapa-In Sha Allah. 2
Kesimpulan kata, semua yang ditetapkan kadang-kala ialah yang terbaik buat kita walaupun ianya berbeza dengan pandangan kita. Dan mungkin yang diteapkan itulah yang terbaik untuk menjaga maslahat rakyat, sekaligus wehdatul bilad ataupun yang disebut sebagai kesatuan negara, memandangkan dengan penyeragaman mazhab ia membantu rakyat terutamanya orang awam untuk beribadah dengan tenang tanpa memeningkan kepala dengan khilaf fiqh.
Wallahutaala A'lam
تعددت الآراء بتعدد الرؤوسBerbilangnya pandangan dengan berbilangnya kepala
Adakah ini menghalang untuk kita berpegang dengan mazhab lain?
Masalah ini juga mempunyai banyak pandangan . Imam Syaukani merekod sebanyak empat pandangan3 :
1. Tidak Boleh
2. Boleh
3. Jika telah beramal dengan satu mazhab pada satu masalah tertentu, tidak boleh , tetapi jika belum maka ianya boleh.
4. Boleh dengan syarat.4
Pendapat yang disebut oleh Imam Solehuddin al 'Alai sebagai masyhur dan ramai Ulama' memilih dan menarjihnya ialah pendapat yang ke 4.5
Kesimpulan kata ,boleh jadi yang rajih ialah pandangan keempat dan kita perlulah berwaspada dengan syarat yang ditetapkan agar tiadanya berlaku tatabu' rukhos (memilih yang paling mudah) dan tala'ub (mempermainkan) didalam hukum agama.
gambar : hafizfirdaus.com
Maka wajib bagi kita beramal dengan yang rajih, walaupun bertentangan dengan ijtihad Imam kita. Kecuali jika ada maslahah lain yang besar yang menghalang berpegang dengan yang rajih.
Jika tidak zahir bagi kita yang rajih?
Maka pilihlah satu pandangan secara bijak tanpa mengikut hawa nafsu kita
Jika kita menemui hadith sohih yang berlawanan dengan ijtihad Imam ?
Masalah ini masyhur dan ramai yang terperangkap dengannya, mereka berdalilkan dengan kata-kata Imam Syafiei
إذا صح الحديث فهو مذهبي
Jika telah tetap bahawa sohih hadith,maka dengan hadith itulah aku berpegang
Apabila kita(orang awam) berada didalam situasi ini, tidak boleh bagi kita untuk beramal terus dengan zahir hadith dan mafhumnya dan meninggalkan mazhab Imam kita. Ini kerana kata-kata ini ditujukan kepada mujtahid.6
Bagaimana pula kalau kita mencampuradukkan pandangan dari mazhab yang pelbagai didalam sesuatu masalah yang berkaitan?
Perbuatan ini didalam istilah fiqh dipanggil sebagai talfiq (تلفيق ).
Talfiq ialah mencampurkan di antara dua pendapat di dalam satu qadhiyah (masalah), sama ada sejak dari awal, pertengahan dan seterusnya
Seperti masalah menyentuh wanita. Bersentuhan dengan perempuan walaupun tanpa disertai rasa lazat membatalkan wuduk disisi Mazhab Syafiei , tapi tidak disisi Mazhab Malik. Dan jika kita mengambil wuduk cara Mazhab Syafiei (sapu sebahagian kepala sahaja dan tanpa ad-dalk iaitu menggosok air keatas anggota wudu') maka wudhu' kita akan terbatal jika bersentuhan perempuan. tetapi talfiq pula ialah apabila kita berwudhu' dengan cara Mazhab Syafiei , dan kita bersentuhan dengan perempuan tetapi kita tetap bersolat kerana mengikuti pendapat tidak batal oleh Malikiyah dalam masalah bersentuh wanita tanpa rasa lazat. Maka perbuatan itu dinamakan talfiq.
Apa hukumnya?
Hukum talfiq ini boleh dibahagikan kepada dua7
1. Dibenarkan
2. Tidak dibenarkan
Dirajihkan bahawa talfiq dibenarkan bagi muqallid dengan selagi mana memenuhi syarat (rujuk nota kaki bernombor 4).
Adapun talfiq yang tidak dibenarkan ialah talfiq yang mempunyai niat memilih pendapat-pendapat yang senang sahaja ataupun dipanggil sebagai tatabu' rukhos , dan seperti disebut sebelum ini ,telah dinakalkan ijma' dalam melarang tatabu' rukhos ini dan menyanggahi ijma' ialah tidak patut.
Segala sambungan In Sya Allah akan disambung dipost lain
Wallahutala A'lam
1 Antara yang menjadikan Imam Syafiei unik dari yang lain ialah pengecaman keras beliau terhadap penggunaan isithsan secara sewenangya dan beliau mempunyai satu kitab khas didalam masalah ini yang bertajuk "Ibthol Istihsan" . Akan tetapi, setelah dikaji, larangan menggunakan isitihsan ini ditujukan kepada isitihsan yang berasaskan hawa nafsu dan bukan pada istihsan secara mutlak