Bismillahirrahmanirrahim
Imam Ghazali(505h) adalah antara salah seorang ulama yang masyhur dan mahir di dalam ilmu usul fiqh.
Beliau cuba menyusun ilmu usul fiqh didalam susunan yang teratur. Antara kitab beliau didalam bidang usul fiqh ialah Asas al-Qiyas,Tahzib al-Usul(hilang salinan) dan al-Mankhul. Tetapi karangan beliau didalam bidang ini yang paling masyhur ialah al-Mustasfa yang kini telah banyak dicetak dan ditahqiq cendekiawan sperti doktor Muhammad Sulaiman al-Asyqar dan doktor Hamzah bin Zuhair Hafiz.
Juga telah banyak karya ringkasan kitab al-Mustasfa itu agar lebih ramai mendapat faedah dari apa yang ditulis al-Ghazali seperti:
1. Lubab al-Mahsul fi Ilmi Usul / Mukhtasar al-Mustasfa - Ibn Rasyiq al Maliki
2. ad-Dorurhi fi usul Fiqh -Ibnu Rusyd(595h)
Ada juga kitab yang didakwa sebagai ringkasan kepada al-Mustasfa tetapi walaupun dari satu sudut ia benar,ia tidak benar dari sudut lain,seperti kitab Raudhah Nazir karangan ibnu Qudamah, ia bukanlah kitab ringkasan sebenar-benar kepada al-Mustasfa kerana terdapat banyak perbezaan pandangan didalam Raudhah Nazir dan al-Mustasfa.Hal ini juga diperakui dengan tiadanya akuan dari ibnu Qudamah sendiri bahawa kitabnya itu ialah ringkasan dari al-Mustasfa. Hal yang sebenar yang diperakui oleh at-Tufi,syarih kepada Mukhtasar Raudah ialah ibnu Qudamah mengambil bab-bab dari al-Mustasfa dan melihat al-Mustasfa sebagai asal tetapi menulis dengan gayanya sendiri dan tidak terikat dengan pandangan Imam Ghazali.
Melalui kitabnya didalam bidang usul fiqh yang termasyhur, al-Mustasfa min ilmil usul,beliau membahagikan bahagian kitabnya kepada lima iaitu, Muqaddimah Mantiqiyah dan 4 Aqtob. Muqaddimah Mantiqiyah itu hanyalah sebagai permulaan tetapi 4 Aqtob itulah lubab sebenar kitab. Seterusnya beliau mengatakan bahawa ilmu usul fiqh berkisar kepada 4 kutub/bahagian itu dan pembahasan ilmu usul fiqh tidak lari dari itu. 4 kutub itu ialah:
1.في الثمرة وهي الحكم
Hukum iaitu buah dari ilmu Usul Fiqh.
2.في أدلة الأحكام
Adillatul ahkam iaitu dalil-dalil ahkam,bab ini berkisar tentang sumber-sumber yang diambil daripadanya hukum
3.في كيفية استثمار الأحكام من الأدلة
Setelah mempelajari hukum dan sumber-sumber hukum,bab ini dikhususkan kepada metode dan cara mengeluarkan hukum dari adillah(dalil-dalil) itu.
4.في حكم المستثمر وهو المجتهد
Bab pembahasan tentang ijtihad dan taqlid
Entry ini akan ditulis dan diexpand menggunakan manhaj Imam Ghazali didalam kitabnya al-Mustasfa tapi tanpa Muqaddimah Mantiqiyah,penulis akan terus masuk kedalam 4 Kutub dan perbahasan utama usul fiqh menurut Imam Ghazali yang telah disebut sebentar tadi. Juga perlu diingatkan bahawa meletakkan kitab Mustasfa sebagai asal tidak bermakna penulis merujuk dan mengambil qaul Imam Ghazali sepenuhnya. WA
Maklum bahwa jika diitlaqkan lafaz hukum maka ia membawa keberangkalian bahawa ia adalah samada hukum akal,adat,lughah atau syariei.
Didalam perbincangan ilmu usul fiqh,semua perkataan hukum yang akan disebut itu akan dimaksudkan hukum syariei walaupun digunakan perkataan hukum itu secara bersendiri dan tidak disebut 'syariei' dibelakangnya .
Secara umumnya Hukum Syariah disisi Imam Ghazali,Juwaini* dan Jumhur Ulama' Syafi'iyah,Malikiyah dan Hanabilah ialah lima ,dan ia adalah qaul yang lebih tepat jika dibandingkan dengan qaul yang mendakwa hukum itu bahagiannya tujuh(sohih dan batil) atau sembilan (ditambah rukhsah dan azimah).
Kata-kata mereka yang mendakwa hukum itu tujuh mengandungi kebarangkalian bahwa mereka mencampurkan bahagian Hukum Wadh'i ,iaitu sohih dan batil ke dalam umum Hukum Syariah . Ini kerana Sohih dan Batil ialah bahagian daripada Hukum Wadh'i.
Tetapi walaupun sohih dan batil ataupun azimah dan rukhsah ditambah,semuanya jika dikaji tetap kembali kepada hukum asal yang lima itu. WA
Hukum Syariei jika diqaiydkan dengan 'tuntutan dan pilihan' sahaja ,ia disebut sebagai hukum taklifi. jadi dapat dirumuskan bahawa :
Tuntutan itu bergantung pula samaada ia jazim atau tidak jazim, jika ia tuntutan buat jazam maka ialah wajib,tetapi jika ia tidak jazam maka ia sunat . Jika ia tuntutan larangan/tinggal jazam maka ia adalah haram dan jika ia tidak jazam ia adalah makruh,pilihan pula membawa kepada ibahah iaitu harus.
Jadi dapat disimpulkan bahwa hukum taklifi disisi jumhur memiliki 5 bahagian iaitu :
Tetapi Hanafiyah pula membahagikannya kepada 7 bahagian iaitu :
Hukum syariei jika diqaydkan pula dengan perletakan, ia disebut sebagai hukum wadh'i
Perkataan 'peletakan' bermaksud menjadikan sesuatu sebagai syarat, sebab, mani' ,sihhah atau fasad. Secara ringkasnya hukum wadh'i ini bukan untuk umum mukallaf tetapi jika hadirnya sesuatu syarat,sebab,penghalang sihhah atau fasad, barulah hukum ditentukan samada wajib,haram,sunat,harus dan makruh.
Jadi dapat disimpulkan bahawa hukum wadh'i disisi jumhur ada lima :
Tetapi ada juga yang menambah bahagian keempat 'illah' ,ada juga yang menambah (qodo,ada' dan i'adah) serta (rukhsah,azimah). WA
1.Sabab
Ialah apa yang dengan adanya ada hukum,dan tiadanya tiada hukum.
Contoh:
Terbahagi Sabab ini pula kepada dua ,
2.Syarat
Ialah apa yang dengan tiadanya tiada hukum,tetapi dengan adanya tidak semestinya ada hukum atau tiada hukum.
Contoh:
Terbahagi syarat ini pula kepada tiga ,
3.Mani'
Ialah apa dengan adanya tiada hukum,tetapi dengan tiadanya tidak semestinya ada hukum atau tiada hukum.
Contoh:
Terbahagi Mani' kepada tiga:
4.Sihhah
Dari bab ibadah ialah jatuhnya tanggungjawab untuk mengulang ibadah itu
Dari bab muamalat pula ialah mencapai kesan dari muamalat itu
5.Fasad
Dari bab ibadah ialah (عدم سقوط القضاء) iaitu perlunya mengulang ibadah itu
Dari bab muamalat pula ialah tidak mencapai kesan dari muamalat itu
Kunci untuk memahami perbezaan hukum taklifi dan hukum wadiei ialah hukum taklifi memerlukan ilmu dan kudrat mukallaf seperti puasa dan solat.
Tetapi hukum wadh'i pula tidak disyaratkan begitu,contohnya, wuduk sesorang batal jika dia tersentuh perempuan,walaupun dia tidak tahu batalnya wuduk itu dan tiada kudrat untuk menahan diri daripada tersentuh,wuduknya tetap batal kerana hukum wadh'i tidak disyaratkan untuk adanya ilmu dan kudrat itu.
Hukum taklifi pula seperti puasa,jika tiada kudrat untuk berpuasa maka tidak diwajibkan berpuasa.
Contoh lain ialah,
Hukum wadh'i: Dalam masalah kanak-kanak(sobbi) yang memecahkan barang, walaupun tidak mempunyai ilmu dan kudrat ,ia tetap disyaratkan untuk menggantikan barang yang pecah itu.
Hukum taklifi : Dalam masalah solat, tidak disyaratkan kanak-kanak(sobbi) untuk solat kerana tiadanya ilmu dan kudrat.
*Melalui kitabnya Al-Burhan,manakala kata-katanya dalam matan waroqat bahawa hukum itu tujuh mengandungi ihtimal seperti diterangkan penulis diatas.
FAQ(akan dijawab dipost seterusnya insyaAllah)
1.Perbezaan Fasad dan Butlan
2.Azimah Rukhsoh?
3.Perincian yang lebih dalam dan contoh !
SEKILAS TENTANG IMAM GHAZALI DAN PENULISANNYA DIDALAM USUL FIQH
Imam Ghazali(505h) adalah antara salah seorang ulama yang masyhur dan mahir di dalam ilmu usul fiqh.
Beliau cuba menyusun ilmu usul fiqh didalam susunan yang teratur. Antara kitab beliau didalam bidang usul fiqh ialah Asas al-Qiyas,Tahzib al-Usul(hilang salinan) dan al-Mankhul. Tetapi karangan beliau didalam bidang ini yang paling masyhur ialah al-Mustasfa yang kini telah banyak dicetak dan ditahqiq cendekiawan sperti doktor Muhammad Sulaiman al-Asyqar dan doktor Hamzah bin Zuhair Hafiz.
Juga telah banyak karya ringkasan kitab al-Mustasfa itu agar lebih ramai mendapat faedah dari apa yang ditulis al-Ghazali seperti:
1. Lubab al-Mahsul fi Ilmi Usul / Mukhtasar al-Mustasfa - Ibn Rasyiq al Maliki
2. ad-Dorurhi fi usul Fiqh -Ibnu Rusyd(595h)
Ada juga kitab yang didakwa sebagai ringkasan kepada al-Mustasfa tetapi walaupun dari satu sudut ia benar,ia tidak benar dari sudut lain,seperti kitab Raudhah Nazir karangan ibnu Qudamah, ia bukanlah kitab ringkasan sebenar-benar kepada al-Mustasfa kerana terdapat banyak perbezaan pandangan didalam Raudhah Nazir dan al-Mustasfa.Hal ini juga diperakui dengan tiadanya akuan dari ibnu Qudamah sendiri bahawa kitabnya itu ialah ringkasan dari al-Mustasfa. Hal yang sebenar yang diperakui oleh at-Tufi,syarih kepada Mukhtasar Raudah ialah ibnu Qudamah mengambil bab-bab dari al-Mustasfa dan melihat al-Mustasfa sebagai asal tetapi menulis dengan gayanya sendiri dan tidak terikat dengan pandangan Imam Ghazali.
Melalui kitabnya didalam bidang usul fiqh yang termasyhur, al-Mustasfa min ilmil usul,beliau membahagikan bahagian kitabnya kepada lima iaitu, Muqaddimah Mantiqiyah dan 4 Aqtob. Muqaddimah Mantiqiyah itu hanyalah sebagai permulaan tetapi 4 Aqtob itulah lubab sebenar kitab. Seterusnya beliau mengatakan bahawa ilmu usul fiqh berkisar kepada 4 kutub/bahagian itu dan pembahasan ilmu usul fiqh tidak lari dari itu. 4 kutub itu ialah:
1.في الثمرة وهي الحكم
Hukum iaitu buah dari ilmu Usul Fiqh.
2.في أدلة الأحكام
Adillatul ahkam iaitu dalil-dalil ahkam,bab ini berkisar tentang sumber-sumber yang diambil daripadanya hukum
3.في كيفية استثمار الأحكام من الأدلة
Setelah mempelajari hukum dan sumber-sumber hukum,bab ini dikhususkan kepada metode dan cara mengeluarkan hukum dari adillah(dalil-dalil) itu.
4.في حكم المستثمر وهو المجتهد
Bab pembahasan tentang ijtihad dan taqlid
Entry ini akan ditulis dan diexpand menggunakan manhaj Imam Ghazali didalam kitabnya al-Mustasfa tapi tanpa Muqaddimah Mantiqiyah,penulis akan terus masuk kedalam 4 Kutub dan perbahasan utama usul fiqh menurut Imam Ghazali yang telah disebut sebentar tadi. Juga perlu diingatkan bahawa meletakkan kitab Mustasfa sebagai asal tidak bermakna penulis merujuk dan mengambil qaul Imam Ghazali sepenuhnya. WA
QUTUB SATU:SEKILAS TENTANG AHKAM
Pembahagian hukum kepada Hukum Akli, 'Adi, Lughawi, dan Syariei
Maklum bahwa jika diitlaqkan lafaz hukum maka ia membawa keberangkalian bahawa ia adalah samada hukum akal,adat,lughah atau syariei.
Didalam perbincangan ilmu usul fiqh,semua perkataan hukum yang akan disebut itu akan dimaksudkan hukum syariei walaupun digunakan perkataan hukum itu secara bersendiri dan tidak disebut 'syariei' dibelakangnya .
HUKUM SYARIEI ditakrifkan dengan takrifan masyhur sebagai perintah Allah yang berkaitan dengan perbuatan mukallaf di atas wajah tuntutan,ataupun pilihan ataupun peletakan.
Secara umumnya Hukum Syariah disisi Imam Ghazali,Juwaini* dan Jumhur Ulama' Syafi'iyah,Malikiyah dan Hanabilah ialah lima ,dan ia adalah qaul yang lebih tepat jika dibandingkan dengan qaul yang mendakwa hukum itu bahagiannya tujuh(sohih dan batil) atau sembilan (ditambah rukhsah dan azimah).
Kata-kata mereka yang mendakwa hukum itu tujuh mengandungi kebarangkalian bahwa mereka mencampurkan bahagian Hukum Wadh'i ,iaitu sohih dan batil ke dalam umum Hukum Syariah . Ini kerana Sohih dan Batil ialah bahagian daripada Hukum Wadh'i.
Tetapi walaupun sohih dan batil ataupun azimah dan rukhsah ditambah,semuanya jika dikaji tetap kembali kepada hukum asal yang lima itu. WA
HUKUM TAKLIFI DAN PEMBAHAGIANNYA KEPADA LIMA
Hukum Taklifi ialah perintah Allah yang berkaitan dengan perbuatan mukallaf samaada dalam bentuk tuntutan(buat atau tinggal) atau pilihan.
Jadi dapat disimpulkan bahwa hukum taklifi disisi jumhur memiliki 5 bahagian iaitu :
- Ijab
- Nadb
- Ibahah
- Karahah
- Tahrim
Tetapi Hanafiyah pula membahagikannya kepada 7 bahagian iaitu :
- Fard
- Ijab
- Karohah Tahrimiyah (Haram dengan dalil zonni)
- Karohah Tanzihiyah
- Tahrim (Haram dengan dalil qat'i)
- Nadb
- Ibahah
HUKUM WADH'I DAN PEMBAHAGIANNYA KEPADA LIMA
Hukum syariei jika diqaydkan pula dengan perletakan, ia disebut sebagai hukum wadh'i
Hukum Wadh'i ialah perintah Allah yang berkaitan dengan perbuatan mukallaf dengan perletakan
Perkataan 'peletakan' bermaksud menjadikan sesuatu sebagai syarat, sebab, mani' ,sihhah atau fasad. Secara ringkasnya hukum wadh'i ini bukan untuk umum mukallaf tetapi jika hadirnya sesuatu syarat,sebab,penghalang sihhah atau fasad, barulah hukum ditentukan samada wajib,haram,sunat,harus dan makruh.
Jadi dapat disimpulkan bahawa hukum wadh'i disisi jumhur ada lima :
- Sabab
- Syarat
- Mani'
- Sihhah
- Fasad
Tetapi ada juga yang menambah bahagian keempat 'illah' ,ada juga yang menambah (qodo,ada' dan i'adah) serta (rukhsah,azimah). WA
1.Sabab
Ialah apa yang dengan adanya ada hukum,dan tiadanya tiada hukum.
Contoh:
- Mencuri adalah sebab dipotong tangan,dengan adanya pencurian,maka wajibnya pemotongan tangan,tetapi jika tiada,maka tidak dipotong tangan.
- Masuk waktu sembahyang merupakan sebab adanya hukum wajib sembahyang,jika tidak masuk maka tiada sebab untuk solat fardhu.
Terbahagi Sabab ini pula kepada dua ,
- Ta'abbudi/Ma'qulah ma'na
- Ma'qulah ma'na ataupun 'illah
2.Syarat
Ialah apa yang dengan tiadanya tiada hukum,tetapi dengan adanya tidak semestinya ada hukum atau tiada hukum.
Contoh:
- Wuduk merupakan syarat kepada solat,tidak sah solat tanpa wuduk tetapi dengan adanya wuduk tidak semestinya hukum solat itu dikira sah.
Terbahagi syarat ini pula kepada tiga ,
- Syarat syar3i
- Syarat lughawi
- Syarat wadh'i
3.Mani'
Ialah apa dengan adanya tiada hukum,tetapi dengan tiadanya tidak semestinya ada hukum atau tiada hukum.
Contoh:
- Dengan adanya pembunuhan pewaris oleh waris,maka waris tidak berhak mendapatkan warisan daripadanya(Hukum asal ialah waris berhak menerima,tetapi perbuatan bunuh itu menjadi penghalang kepada hukum itu untuk ada)
Terbahagi Mani' kepada tiga:
- Penghalang wujudnya hukum dan berterusnya hukum.
- Penghalang wujudnya hukum.
- Penghalang berterusnya hukum.
4.Sihhah
Dari bab ibadah ialah jatuhnya tanggungjawab untuk mengulang ibadah itu
Dari bab muamalat pula ialah mencapai kesan dari muamalat itu
5.Fasad
Dari bab ibadah ialah (عدم سقوط القضاء) iaitu perlunya mengulang ibadah itu
Dari bab muamalat pula ialah tidak mencapai kesan dari muamalat itu
PERBEZAAN HUKUM TAKLIFI DAN HUKUM WADH'I
Kunci untuk memahami perbezaan hukum taklifi dan hukum wadiei ialah hukum taklifi memerlukan ilmu dan kudrat mukallaf seperti puasa dan solat.
Tetapi hukum wadh'i pula tidak disyaratkan begitu,contohnya, wuduk sesorang batal jika dia tersentuh perempuan,walaupun dia tidak tahu batalnya wuduk itu dan tiada kudrat untuk menahan diri daripada tersentuh,wuduknya tetap batal kerana hukum wadh'i tidak disyaratkan untuk adanya ilmu dan kudrat itu.
Hukum taklifi pula seperti puasa,jika tiada kudrat untuk berpuasa maka tidak diwajibkan berpuasa.
Contoh lain ialah,
Hukum wadh'i: Dalam masalah kanak-kanak(sobbi) yang memecahkan barang, walaupun tidak mempunyai ilmu dan kudrat ,ia tetap disyaratkan untuk menggantikan barang yang pecah itu.
Hukum taklifi : Dalam masalah solat, tidak disyaratkan kanak-kanak(sobbi) untuk solat kerana tiadanya ilmu dan kudrat.
*Melalui kitabnya Al-Burhan,manakala kata-katanya dalam matan waroqat bahawa hukum itu tujuh mengandungi ihtimal seperti diterangkan penulis diatas.
FAQ(akan dijawab dipost seterusnya insyaAllah)
1.Perbezaan Fasad dan Butlan
2.Azimah Rukhsoh?
3.Perincian yang lebih dalam dan contoh !
مصادر والمراجع
المستصفى من علم الأصول للغزالي بتحقيق الدكتور محمد سليمان الأشقر
قرة العين بشرح ورقات امام الحرمين للحطاب
البحر المحيط في أصول الفقه للزركشي
معالم أصول الفقه عند أهل السنة والجماعة لمحمد بن حسين بن حسن الجيزاني

